fbpx

Sepanjang saya Ketua Polis KL, tiada pengurangan saman – Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily memeriksa kenderaan yang dikenakan saman oleh pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur semasa Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur sekitar ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – “Sepanjang saya jadi Ketua Polis Kuala Lumpur, tiada pengurangan saman akan diberikan kepada pesalah jalan raya.”

Demikian pesanan tegas yang diberikan Ketua Polis, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan termasuk kesalahan tiada lesen memandu, melanggar lampu isyarat merah serta memberhentikan kenderaan di kotak kuning.

Katanya, tindakan ini dibuat bagi mendidik para pengguna agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya selain tidak menimbulkan sebarang masalah kepada orang lain.

“Nak mendidik kita harus konsisten dengan apa kita nak buat. Apa juga keputusan nanti saya akur. Tetapi saya secara peribadi, sepanjang saya memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur, tiada diskaun akan diberikan kepada mereka (pesalah jalan raya).

“Ini adalah satu ketegasan dalam mendidik mereka (pengguna jalan raya),” katanya kepada pemberita selepas menjalankan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur sekitar ibu negara hari ini.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur akan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain secara besar-besaran selama sebulan mulai 1 Julai, bagi membendung pelbagai kesalahan jalan raya.

Menurut Mohd Shuhaily, tujuh jenis pelanggaran peraturan trafik yang akan ditekankan semasa operasi berkenaan melibatkan Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Kenderaan, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI