fbpx

Kerajaan beri layanan berbeza isu bantuan eBelia Rahmah pelajar – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan memberi layan berbeza kepada sebahagian pelajar berhubung inisiatif eBelia Rahmah.

Perkara itu dibangkitkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu apabila penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) dilaporkan tidak menerima manfaat inisiatif tersebut.

“Pelajar dapat elaun Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM650 hingga RM950 terima eBelia Rahmah manakala pelajar IPG yang dapat elaun RM450 tidak terima.

“Persoalannya, mengapa ada differential treatment (layanan berbeza) dan mengapa beri harapan palsu pada pelajar?” katanya di Twitter, sebentar tadi.

Menurut Syed Saddiq, syarat kelayakan penerima inisiatif tersebut jelas menyatakan ia adalah untuk semua belia berusia 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian lain.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu bahawa penuntut IPG tidak menerima inisiatif eBelia Rahmah kerana sudah menerima elaun sebanyak RM450 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI