fbpx

Kepala air: Dua maut, lapan hilang di Jeram Mawar, Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dan motosikal yang ditemui di lokasi kejadian.

KEMAMAN – Hasrat 10 sekeluarga untuk berkelah di Jeram Mawar, Air Putih, dekat sini, bertukar tragedi apabila mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua mangsa telah ditemui meninggal dunia akibat lemas.

Beliau berkata, baki lapan lagi mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya dipercayai masih hilang.

“Mayat pertama iaitu seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditemui kira-kira pukul 12.45 tengah hari manakala mayat kedua iaitu seorang lelaki berusia 20-an pula ditemui kira-kira pukul 5 petang tadi di lokasi berasingan.

“Kesemua mangsa yang dipercayai berusia empat hingga 40 tahun dikatakan masuk ke kawasan tersebut untuk berkelah semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurut penduduk tempatan, kawasan perkelahan itu dipercayai fenomena kepala air, semalam.

Difahamkan, Jeram Mawar terletak jauh di dalam hutan dan sejauh kira-kira 10 kilometer dari laluan utama.

Sementara itu pegawai bertugas, Asisten Superintendan (ASP) Ahmad Syukri Yusoff, menerusi satu kenyataan berkata, hasil pemantauan di lokasi kejadian pihaknya menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 (JHY5517) dan sebuah motosikal jenis SYM (CER5753) dengan jarak kenderaan lebih kurang dua kilometer (km) daripada penemuan mayat kedua.

Keadaan kereta mangsa yang dihanyutkan air.
“Hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau peninggalan perlakuan jenayah dan mendapati mangsa telah lemas kesan dari kepala air yang berlaku dihutan Air Putih.
“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Kedua-dua mangsa akan dirujuk ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan sebarang perkembangan akan dikemas kini setelah maklumat lengkap diperolehi. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI