fbpx

Wanita maut ditikam tak sempat pakai baju putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mangsa, Ramlah Mamat,76, (kiri) bersama kakak Rokiah ketika menunggu untuk menuntut jenazah wanita itu di Unit Forensik, HRPZ II, Kota Bharu, hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Wanita peniaga air balang yang maut ditikam bekas suaminya di Taman Desa, Pasir Tumboh, di sini, hari ini sempat bergurau mahu memakai baju putih untuk pulang semula ke kampung halamannya di Besut, Terengganu, selepas ini.

Kakak mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an berkata, mangsa, Rokiah Ayub,42, berseloroh bahawa dia mahu memakai baju putih apabila pulang semula ke kampung tidak lama lagi.

Menurutnya, dia bertemu dengan mangsa kelmarin semasa pulang sempena hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha, kelmarin.

“Rokiah ada bergurau bahawa dia akan pulang semula ke rumah ibu kami tidak lama lagi dengan memakai baju putih. Mungkin dia bergurau bahawa akan pulang semula ke sini dengan memakai kain kafan.

“Saya tidak menyangka Rokiah akan pulang semula ke kampung di Besut dengan memakai baju putih (kain kafan) untuk dikebumikan di sana selepas meninggal dunia dengan tragis di rumahnya hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), di sini hari ini.

Menurutnya, semasa Hari Raya Aidiladha, seluruh ahli keluarganya memakai baju sedondon berwarna hijau sempena hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, sebelum pulang, Rokiah sempat bergurau bahawa dia tidak mahu bergambar dengannya lagi selepas ini.

“Sebelum ini, Rokiah tinggal di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung beberapa bulan yang lalu sebelum mengambil keputusan untuk berniaga air balang di Pasir Tumboh,” katanya.

Difahamkan, jenazah Rokiah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Besut untuk upacara pengebumian.

Seorang peniaga air balang maut selepas dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam kejadian di rumah sewanya di Taman Desa, Pasir Tumboh, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bekas suaminya yang berusia dalam lingkungan 50-am parah pada bahagian perut selepas dipercayai menikam dirinya sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI