fbpx

Afrina enggan sia-siakan debut Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFRINA berjaya merekodkan catatan peribadi terbaik sewaktu membuat penampilan pertama Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh pada Mei lalu.

BINTANG pecut muda negara, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal tidak gentar untuk berdepan nama-nama besar apabila membuat debut pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Pattaya, Thailand.

Sebaliknya, Afrina, 19, lebih bersemangat untuk menguji kemampuan prestasinya dalam acara 200 meter (m) dan 4x100m pada saingan di Stadium Nasional dari 12 hingga 16 Julai ini.

Atlet dari Selangor itu enggan meletakkan harapan tinggi kerana menganggap ini adalah platform pendedahan terbaik buat dirinya dalam misi memperbaiki rekod peribadinya iaitu 24.09 saat (s).

“Saya gembira kerana diberikan peluang beraksi pada Kejohanan Asia bulan ini. Jujurnya takut kalau tak dapat beri yang terbaik tetapi saya akan manfaatkan peluang keemasan ini.

“Kalau boleh saya nak buat catatan masa lebih baik berbanding di Korea sebelum ini (Kejohanan Olahraga bawah 20 tahun Asia). Lebih manis kalau dapat pecahkan rekod peribadi sendiri.

AFRINA (empat dari kanan) menunjukkan prestasi meyakinkan sewaktu Kejohanan B20 Asia yang berlangsung di Yecheon, Korea Selatan bulan lalu.

“Saya tak letak sasaran tinggi supaya saya tak tertekan. Saya nak menikmati pengalaman pertama saya bertanding dengan pelari-pelari senior di peringkat Asia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Afrina berjaya merekodkan catatan peribadi terbaik sewaktu membuat penampilan pertama Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada Mei lalu dengan masa 24.09s.

Biarpun gagal menaiki podium tetapi Afrina tetap berjaya mara ke final sebelum tewas kepada tiga pemenang pingat iaitu Shanti Pereira (Singapura), Tran Thi Nhi Yen (Vietnam) dan Zaidatul Husniah Zulkifli (Malaysia).

Afrina terus membuktikan potensinya apabila mara ke final 200m Kejohanan B20 Asia di Yecheon, Korea Selatan bulan lalu selain turut merekodkan catatan peribadi baharu bagi acara 100m iaitu 12.07s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI