NILAI – Pelumba BMX, Amer Akbar Anuar, 20, dinobatkan sebagai juara Kejohanan BMX 2023 di Arena BMX Nasional di sini hari ini.
Peserta kategori elit lelaki (19 hiAmer Akbar juara BMX Kebangsaan 2023ngga 29 tahun) dari pasukan Terengganu Hanelang itu berjaya mengalahkan rakan sepasukannya, Saniy Syahmi di tangga kedua.
Pelumba pasukan Johor, Syed Irfan Danish Syed Anuar pula terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga.
Menurut Amer Akbar, dia yang berasal dari Dungun, rasa bersyukur dengan kemenangan hari ini dan secara tidak langsung dapat mengutip 110 mata.
“Alhamdullilah rezeki saya hari ini dapat tempat pertama juara kebangsaan untuk tahun 2023. Kemenangan ini merupakan yang pertama saya dapat dalam kategori elit kebangsaan.
“Kali ini agak sengit juga kerana ramai saingan yang laju-laju tetapi Alhamdullilah rezeki dengan rakan pasukan juga dapat nombor dua,” katanya ketika ditemui selepas tamat pelumbaan hari ini.
Tambahnya, dia juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal BMX Asia (BMX ACC) di Filipina hujung bulan ini.
Sementara itu, pengarah teknikal kejohanan, Ronizam Ismail berkata, seramai 280 peserta mengambil bahagian dalam 25 kategori yang ditawarkan.
“Jumlah penyertaan tahun ini merupakan yang terbesar dari tahun-tahun sebelum ini. Kita ada dua kategori yang dipertandingkan untuk mengutip mata,” katanya.