fbpx

Makan mata lembu mentah boleh jejas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan PHM di Facebook.

PETALING JAYA – Tabiat memakan mata lembu secara mentah boleh menjejaskan kesihatan kerana pelbagai jenis parasit terdapat pada haiwan tersebut.

Menerusi perkongsian Public Health di Facebook, masyarakat disaran untuk sentiasa memasak makanan yang mentah menggunakan suhu tinggi.

“Langkah ini penting bagi membunuh semua jenis kuman dan parasit yang ada,” katanya.

Menurut kenyataan itu, makanan yang masuk ke dalam tubuh haruslah dari sumber bersih lagi suci dan bukan untuk dijadikan sebagai ‘content’ (kandungan).

“Janganlah sampai sanggup makan mata lembu mentah untuk dapatkan manfaat yang tidak terbukti kebenarannya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkongsian yang dikongsikan.

“Nak muntah tengok, apatah lagi nak makan mata lembu,” komen Nur Intan.

“Nasib saya makan daging. Yang lain memang tak suka,” komen Nora.

“Tak kenal cacing atau parasit. Dah kena baru merana,” komen Hatta.

Perkongsian itu menjadi tular di Facebook dengan 469 perkongsian dan 2,700 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI