fbpx

Mayat dalam pondok punca bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Misteri bau busuk dari sebuah pondok di kawasan kebun getah dekat Kampung Pahit Dalam, di sini, terjawab susulan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah berbau, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun yang juga penduduk kampung tersebut dijumpai orang awam pada pukul 9.40 pagi.

Katanya, ketika ditemukan, lelaki terbabit hanya memakai seluar panjang berwarna hitam tanpa baju dan kasut.

“Lelaki itu ditemukan telah meninggal dunia di dalam pondok miliknya oleh orang awam selepas terhidu bau busuk.

“Siasatan pihak polis di tempat kejadian tidak menjumpai apa-apa unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti sebab-sebab kematian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut dan siasatan masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI