fbpx

[VIDEO] PM beri jaminan siasat secara rapi isu JIM di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan lawatan mengejut di KLIA Terminal 1 hari ini.

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memberi jaminan untuk menyiasat secara rapi isu melibatkan petugas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut ke KLIA tadi bagi meninjau kaunter JIM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Tanah Suci.

Anwar berkata, hasil tinjauan mendapati keadaan kaunter JIM dan JKDM dilaporkan berada dalam keadaan terkawal, tetapi wujud beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki.

“Ada beberapa kerosakan kita harus perbaiki, tetapi saya ingin bagi jaminan siasatan rapi akan dibuat.

“Tetapi, secara umumnya, majoriti petugas JIM menjalankan tugas dengan baik, cuma ada beberapa masalah dan kita akan buat siasatan untuk perbaiki,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan kepada pihak terlibat jika terbukti melakukan kesilapan.

“Kalau ada salah akan ambil tindakan. Saya teliti langkah diambil setakat ini, JIM juga memberikan reaksi baik.

“Kita kenal pasti kelompok kecil yang tidak mahu membawa perubahan termasuk yang berdepan tuduhan. Insya-Allah, siasatan rapi akan dibuat dan perbincangan awal akan dilakukan pada Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing mendedahkan ada petugas JIM meminta wang daripada pelancong asing di KLIA selepas dirinya didakwa cuba membuat kecoh di sana bagi menyelamatkan seorang wanita China.

Dedahnya, ada petugas yang meminta wang sehingga RM3,000 bagi dikeluarkan daripada tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.

“Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI