TANGKAK – Perbadanan Taman Negara Johor di sini membuka semula pelbagai aktiviti air terjun buat pengunjung di Taman Hutan Legenda Gunung Ledang mulai pada 8 Julai ini.
Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar, langkah penutupan sementara pelbagai aktiviti luar di sekitar hutan legenda sejak setahun lalu itu bagi menaik taraf kemudahan awam dan pengambil alihan operator demi kebaikan pengunjung.
“Persekitaran di air terjun lagenda hutan Gunung Ledang itu kini selamat untuk dikunjungi semula mulai hari Sabtu ini (8 Julai)
“Aktiviti mandi-manda dan kunjungan ke air terjun secara harian boleh dilakukan, namun aktiviti bermalam dan pendakian belum dibuka.
“Sempena pembukaan itu, pihak PTNJ turut akan mengadakan Karnival Gunung Ledang selama tiga hari mulai 8 sehingga 10 Julai dengan kemasukan adalah percuma,” katanya di sini.
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Fun Run, Fun Ride, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, gerai jualan, pertunjukkan motorsikal, gerai pameran pihak agensi kerajaan dan swasta. – KOSMO! ONLINE