fbpx

Mohamad Sabu ketuai delegasi Malaysia ke Itali, Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu.

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengetuai lawatan kerja delegasi Malaysia ke Rom, Itali dan Budapest, Hungary bermula hari ini hingga 8 Julai 2023.

Kementerian Pertanian dan Keterjeminan Makanan berkata, menerusi lawatan kerja itu, Mohamad Sabu dijangka menghadiri Sidang Pleno Persidangan Food and Agriculture Organization (FAO) Ke-43 di Rom.

“Sidang itu merupakan platform bagi setiap ketua delegasi menyampaikan kenyataan negara (country statement) menerusi agenda Review of the State of Food and Agriculture.

“Tema bagi agenda pada tahun ini ialah ‘Water resourcesmanagement for the four betters: better production, better nutrition, betterenvironment and better life, to achieve Agenda 2030 and the SustainableDevelopment Goals’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat iaitu Menteri Pertanian, Kedaulatan Makanan dan Perhutanan Itali, Francesco Lollobrigida semasa Persidangan FAO tersebut.

“Mesyuarat terbabit bertujuan mengukuhkan kerjasama sektor pertanian termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan dan teknikal.

“Pertemuan ini juga akan digunakan sebagai peluang meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian negara dalam usaha meningkatkan keseimbangan perdagangan hasil pertanian antara kedua-dua negara.

“Selain itu, pertemuan bersama Ketua Pengarah FAO, Dr. Qu Dongyu juga diadakan bagi membincangkan isu berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan serta nutrisi global,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lawatan kerja ke Budapest pula, katanya, Mohamad Sabu akan bertemu Menteri Pertanian Hungary, István Nagy dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian kedua-dua negara.

Mohamad Sabu turut dijemput menyampaikan ucaptama di Majlis Penganugerahan Program Doktor Falsafah di Hungarian University of Agricultureand Life Sciences (MATE). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI