fbpx

Pok Awang mati mengejut, penternak rugi RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haziq hanya mampu menahan sebak melihat lembu miliknya yang ditemui mati mengejut di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh.

PASIR PUTEH – Seorang penternak mengalami kerugian RM15,000 apabila lembu baka ‘Limousine’ yang dibelanya mati secara mengejut di dalam kandang di Kampung Permatang Sungkai di sini semalam.

Kematian lembut seberat 780 kilogram (kg) itu tular selepas pemiliknya Haziq Aklan Zanudin, 27, memuat naik perkhabaran sedih itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Haziq berkata, kejadian itu diketahuinya kira-kira pukul 1 tengah hari selepas menerima panggilan yang memaklumkan lembu yang digelar Pok Awang ditemui mati.

“Pada pukul 10 pagi, saya telah ke kandang untuk memberi Pok Awang makan.

“Ketika itu Pok Awang tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik malah seleranya tetap sama seperti hari-hari biasa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Haziq berkata, apabila menerima perkhabaran duka itu, dia terus bergegas ke kandang sebelum melihat ia sudah berada dalam keadaan terbujur kaku.

Katanya, meskipun sedih dengan kejadian itu, dia tetap reda dan menerima kematian haiwan kesayangannya dengan hati terbuka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI