fbpx

Tujuh lelaki ditahan kutip duit parkir haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA individu yang diberkas dalam operasi khas penjaga parkir haram di sekitar bandar raya Ipoh sejak semalam.

IPOH – Padah mengutip bayaran parkir secara haram, tujuh lelaki ditahan polis dalam operasi khas yang diadakan di sekitar bandar raya ini selama dua hari sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 66 tahun.

Katanya, tangkapan ke atas semua suspek dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (gangguan dan desakan menyalahi undang-undang).

“Polis memandang serius masalah penjaga parkir haram di kawasan tumpuan di sekitar pusat bandar Ipoh hingga mendatangkan gangguan kepada orang awam dan pelancong.

“Operasi-operasi khas terhadap penjaga parkir haram ini diadakan berterusan malah sejak Januari lalu, kita telah berjaya menghasilkan 42 tangkapan,” katanya di sini hari ini. – KOSMOI! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI