fbpx

Kucing sesat 14,000 kilometer pulang ke pangkuan pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jacqueline gembira apabila disatukan semula dengan Melvin. - SSPCA

GLASGOW, Scotland – Seekor kucing yang didaftarkan menghuni sebuah rumah di Australia disatukan semula dengan pemiliknya selepas ia ditemui 14,484 kilometer jauhnya di Scotland, lapor portal berita MailOnline. 

Kucing bernama Melvin itu ditangkap oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan Scotland (SSPCA) pada 23 Mei lalu setelah menerima aduan orang ramai.

Penduduk yang mempercayai bahawa Melvin telah sesat memaklumkan bahawa kucing itu  sering mengunjungi rumah mereka sejak Krismas lalu. Mereka memberinya makan dua kali sehari.

Bagaimanapun, mereka semakin bimbang selepas menyedari ia tidak sihat dan berhenti bergaul dengan kucing-kucing lain.

Melvin ditemui di jalanan  oleh ketua Pemeriksa SSPCA, Laura Mclntyre yang membawanya untuk diperiksa doktor haiwan sebelum dipindahkan ke Pusat Menyelamat Haiwan Glasgow milik badan amal itu.

Penjaga haiwan yang mengimbas Melvin untuk melihat sama ada terdapat cip mikro padanya terkejut apabila mendapati dia didaftarkan ke sebuah alamat di Australia.

“Salah satu perkara pertama yang kami lakukan terhadap haiwan apabila ia berada dalam jagaan kami ialah mengimbasnya untuk mengesan mikrocip,” kata Laura.

Dengan bantuan badan amal Cats Protection, misteri di sebalik perjalanan Melvin akhirnya terungkai dan Laura bersama pasukan itu berjaya menyatukannya semula dengan pemiliknya, Jacqueline dan Matt Dick sembilan bulan kemudian.

Pasangan itu sebelum ini ternyata menetap di Australia dan memelihara Melvin ketika ia masih kecil. Selepas 14 tahun, mereka berpindah ke Scotland.

Namun pada Ogos 2022, selepas lapan minggu berpindah ke rumah baharu, Melvin dilaporkan hilang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI