fbpx

Wanita sepatutnya meninggal dunia terjaga sebelum dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saudara-mara Chatapon sudah menyediakan peti mayat di kuil. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang wanita yang sepatutnya mati mengejutkan ahli keluarganya apabila terjaga semasa mereka melakukan persiapan pengebumiannya di sebuah wat di Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Chatapon, 49, dilaporkan menghidap penyakit serius dan doktor memaklumkan bahawa peluangnya hidup sangat tipis. 

Ibunya, Mali membuat keputusan agar anak perempuannya yang berada di Bangkok, dihantar pulang ke rumah mereka di Ban Dung demi menuruti permintaan terakhirnya.

Bagaimanapun, Chatapon didakwa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Mali segera meminta saudara-mara membuat persiapan untuk upacara pengebumian anaknya.

Apabila kenderaan membawa Chatapon memasuki Wat Sri Phadung, wanita itu mengejutkan orang yang berada di dalam van apabila dia didapati hidup semula.

Apabila menyedari Chatapon sedarkan diri, Mali bergegas membawa anaknya ke Hospital Somdet Phra Yuparaj di Ban Dung. Dia dengan gembira memaklumkan bahawa anaknya masih hidup.

Kejadian itu mengejutkan saudara-mara terutamanya apabila mereka sudah menyediakan keranda  kerana menganggap Chatapon sudah meninggal dunia.

Wanita itu kini di bawah pengawasan perubtaan di Hospital Ban Dung namun masih bertarung nyawa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI