SINGAPURA – Sejumlah lelaki membersihkan badan mereka termasuk ketiak dan punggung menggunakan pancuran air di luar Stadium National di Singapura kelmarin, lapor portal berita Stomp.
“Sekumpulan lelaki sedang membasuh badan termasuk ketiak dan punggung di lokasi air pancut awam,” tulis seorang netizen dikenali sebagai Alan yang merakam gelagat mereka.
Lelaki-lelaki itu juga dilihat mencuci muka dan rambut mereka.
Ini bukan kali pertama orang awam dilihat menggunakan air pancut awam untuk membersihkan badan mereka.
Pada Februari lalu, seorang pengunjung mengaku berasa jengkel apabila melihat seorang wanita mencuci rambut dan menikmati sauna di Taman Air Panas Sembawang.
Dia berbuat demikian walaupun terdapat papan tanda memberitahu pengunjung supaya tidak memasukkan badan ke dalam kolam air panas tersebut yang dikhaskan untuk merendam kaki.
Seorang lagi lelaki dilihat membasuh kakinya sambil memakai selipar di dalam singki di Pusat Makanan Tiong Bahru. – Agensi