fbpx

Pelajar UniSZA terima pelan data Internet percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizan menyerahkan kad sim data Internet kepada salah seorang pelajar di kampus UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi bantuan pelan data Internet percuma kepada 7,900 pelajar dalam kalangan golongan kurang berkemampuan (B40).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof Dr. Hafizan Juahir berkata, pemberian pelan pascabayar tersebut bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini sepenuhnya dijalankan secara online.

“Ia inisiatif UniSZA untuk meringankan beban pelajar membiayai kos dan mendapatkan perayauan Internet yang baik.

“Bagi fasa pertama hari ini (semalam), seramai 3,900 pelajar berkelayakan menerima kad sim data Internet itu dengan sebahagian mengambilnya secara pandu lalu,” katanya selepas melakukan penyerahan tersebut di kampus UniSZA, Gong Badak di sini hari ini.

Hafizan berkata, pelajar terbabit akan menerima kad sim Celcom E-Learning 30 secara percuma selama empat bulan.

Tambahnya, pelan itu menawarkan kelajuan Internet 3G dan 4G/LTE 10 GB kuota data bulanan, panggilan suara tanpa had, akses tanpa had ke laman web dan enam aplikasi Microsoft Teams, Zoom Meeting, Skype, Google Meet, Cisco Webex dan Youtube.

“Seramai 4,000 pelajar UniSZA lagi akan menerima bantuan data Internet percuma tersebut pada awal tahun depan bagi fasa kedua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI