fbpx

Pengabaian bekas, punca pembiakan nyamuk Aedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan di laman Facebook berkata, bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan dan minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air seterusnya menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes.

“Selain itu takungan air di kolah mandi dan akuarium tanpa ikan di kediaman juga dapat menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Tambahnya, nyamuk Aedes boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling 20 sen yang mengandungi air bersih dan mengandungi air bersih dan mengambil masa 7 hari untuk bertukar kepada nyamuk dewasa.

Perkongsian KKM di akaun Facebook miliknya.

Menurutnya, terdapat beberapa langkah untuk mencegah penularan pembiakan nyamuk Aedes.

“Antara langkah pencegahan nyamuk Aedes adalah lakukan aktiviti gotong-royong di dalam dan luar premis, lupuskan sampah dan bahan buangan dengan segera dan pastikan bekas yang ada di luar rumah seperti bekas haiwan peliharaan tidak dibiarkan.

“Paling penting lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes selama 10 minit seminggu.

“Masyarakat perlu bersama-sama melibatkan diri dalam menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran terutama di tempat tinggal,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI