fbpx

Neelofa belum bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA masih lagi menunggu detik kelahiran anak kedua sekaligus menyangkal dakwaan ramai yang tular sejak semalam.

PETALING JAYA – “Saya ke hospital untuk pemerhatian kesihatan, belum melahirkan.”

Demikian respons pengacara dan usahawan, Neelofa, 34, berhubung dakwaan sudah melahirkan anak kedua semalam.

Katanya, dia hadir ke hospital semalam seperti yang dinyatakan suami, Haris Ismail adalah bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan bukannya melahirkan anak.

“Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.

“Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan, namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Tambah pelakon filem Azura 2012 itu, dia juga tidak akan merahsiakan kelahiran anak kedua dan bakal berkongsi berita baik apabila tiba waktunya.

“Insya-Allah, kami akan kongsikan secara rasmi apabila tiba waktunya nanti.

“Mohon semua doakan yang baik-baik,” ujar pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu.

Semalam, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mendedahkan isterinya sedang menanti masa di hospital untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

“Isteri sudah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad,” katanya ringkas.

Haris juga sebelum ini memberitahu mengambil pendekatan tidak akan mendedahkan wajah cahaya mata kedua mereka sehinggalah tiba waktunya.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI