fbpx

Wafariena jawab tuduhan ‘besar kepala’, susahkan produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAFARIENA

PETALING JAYA – Terkejut didakwa ‘besar kepala’, pelakon Wafariena Roslan sudah dapat meneka penyebar fitnah yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadapnya.

Katanya, isu berkenaan sengaja dicetuskan untuk memburukkan namanya sedangkan sepanjang lima tahun dalam industri seni dia tidak pernah berdepan rungutan, atau mempunyai masalah dengan mana-mana produksi, kru mahu pun pelakon lain.

“Saya cuma cari makan dan enggan buat hal dengan sesiapa pun. Apabila dituduh banyak karenah dan memilih-milih watak buat saya terfikir besar sangatkah saya sampai berani minta itu ini?

“Sekadar bertanyakan siapa artis yang akan digandingkan dalam drama, rasanya itu soalan biasa yang turut ditanyakan pelakon lain. Itu bukan satu bukan isu.

“Jika tak puas hati atau saya ada buat salah dan terkhilaf, boleh saja tegur depan-depan,” katanya.

Pelakon Tujuh Hari Mencintaimu itu mengulas mengenai gosip yang menyatakan dirinya meletakkan syarat tertentu ketika penggambaran hingga menyusahkan pihak produksi.

Menurut Wafariena lagi, pihak terbabit juga melampau apabila mengata pula ibunya, Suzana Hamad, 59, yang bertindak sebagai pengurus dengan melabel wanita dihormati itu sebagai ‘lebih sudu daripada kuah’.

Kata aktres berusia 27 tahun itu, ibunya bekerja dengan profesional yang berlatarkan pengalamannya terbabit dalam dunia hiburan sebelum ini.

“Untuk hal pengurus yang disentuh, tentu emak saya mahu buat yang terbaik kerana saya juga satu-satunya artis di bawah jagaannya.

“Tanya mana-mana pengurus pun sama, malah saya rasa selamat apabila mama juga sentiasa menemani saya di set dan dia bekerja secara profesional.

“Setakat ini pun tiada pula saya dengar komen tak bagus tentang pengurus saya itu. Alhamdulillah, tiada cerita tak elok terutama gosip mengarut apabila kita dijaga keluarga sendiri.

“Malah mama selalu ingatkan saya jaga tingkah laku selain hormat semua orang di set termasuk kru. Jadi apa masalah yang cuba individu itu cetuskan?” ujarnya.

Enggan menyimpan dendam, pelakon filem Jemputan Ke Neraka hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah supaya membuka pintu hati si penyebar fitnah berhenti cuba mengaibkan dirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI