fbpx

KPM tubuh jawatankuasa khas pastikan PPPM lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bersama penduduk setempat yang menyertai Program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Al-Huda, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kini memasuki gelombang ketiga berjalan lancar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, fokus utama kementerian adalah mentransformasikan pendidikan negara ke arah yang lebih baik.

“Gelombang ketiga ini maksudnya ia (PPPM) sudah hampir ke sampai ke penghujungnya, maka kini adalah tempoh kritikal untuk kita melihat keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan dan ia akan dibawa ke pelan polisi kerangka pendidikan baharu.

“Seperti yang saya maklumkan di Dewan Rakyat, kementerian sedang menuju kepada polisi dan kerangka pendidikan baharu dengan mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara. Justeru, jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan memastikan semuanya lancar termasuklah ‘soft landing’ berkaitan PPPM malah ia akan diteruskan berdasarkan inisiatif yang telahpun dijalankan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai saranan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mencadangkan sistem pendidikan negara perlu dirombak selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menganjurkan program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Al-Huda di Sungai Bakau, di sini hari ini.

Pada 26 Jun lalu, media melaporkan Maszlee yang juga Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) berkata, perkara tersebut perlu diakui oleh semua pihak ekoran kadar keciciran dan kegagalan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI