PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang peniaga menjual minyak petrol kepada orang ramai yang berdepan kesesakan sewaktu pulang ke kampung menyambut Aidiladha di Kuala Lipis, Pahang tular di media sosial.
Berdasarkan video yang dikongsi di TikTok @matdming, kelihatan beberapa pemandu kereta dan penunggang motosikal memberhentikan kenderaan mereka di gerai minyak petrol tersebut untuk membeli minyak.
Difahamkan, minyak petrol tersebut dijual pada harga RM3 sebotol.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan peniaga tersebut yang dikatakan memudahkan pemandu.
“Alhamdulillah terima kasih memudahkan urusan yang memerlukan,” kata Zahirah.
“Macam-macam idea nak meniaga, nasib baik ada juga orang jual minyak botol. Kalau tidak tolaklah kereta dengan jalan jem lagi,” kata Cikdin.
“Idea bagus, membantu dan dapat ‘generate income’, kata Xaimie.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 300,000 kali. – KOSMO! ONLINE
@matdming Highwy merapoh 😪#zybca #balikraya #raya2023 #raya #merapohkualalipis #jem #hariraya #gweichrancak #fyppppppppppppppppppppppp #fypsounds #fy #fypageシ #viral ♬ bunyi asal – dikir Kelate Kito