MANCHESTER, England – Pemain kelab bola sepak Manchester City dan Perancis, Benjamin Mendy didakwa mengaku tidur dengan 10,000 wanita, lapor portal berita The Guardian semalam.
Dia didakwa merogol seorang wanita di rumahnya dan kemudian berkata: “Tidak mengapa, saya telah melakukan hubungan seks dengan 10,000 wanita,” juri sebuah mahkamah diberitahu.
Mendy, 28, bertemu mangsa semasa wanita itu keluar bersama rakan-rakannya di sebuah bar di Alderley Edge, Cheshire. Dia menjemput mereka kembali ke rumah agamnya di Mottram St Andrew.
Wanita itu mendakwa bahawa Mendy merampas telefon bimbitnya, membawa mangsa ke bilik tidur, mengunci pintu dan kemudian merogolnya.
Mendy, 28, menghadapi satu pertuduhan merogol wanita itu pada 2020 ketika mangsa berusia 24 tahun.
Perbicaraan kes itu dijangka berlangsung selama tiga minggu.- Agensi