UMUM tahu, Uyaina Arshad merupakan selebriti kelahiran program realiti Puteri Muslimah Asia 2018 dan siapa sangka namanya kian gah di bumi Indonesia sehingga hari ini.
Mana tidaknya, bakat pengacaraannya diiktiraf di sana dan terbaharu, dia sekali lagi diberi kepercayaan menjadi hos bagi program Dangdut Academy Asia untuk musim keenam (DAA6).
Namanya kembali tular baru-baru ini apabila Uyaina bersama rakan pengacara Jirayut Afisan membantu menjadi penterjemah bahasa salah seorang peserta dari Filipina bagi memahami komen yang diberikan oleh juri dari Thailand.
Jirayut yang fasih berbahasa Thai menterjemahkan komen juri kepada Uyaina di dalam Bahasa Melayu, sebelum diterjemahkan pula dalam Bahasa Inggeris kepada peserta berkenaan.
Usaha dua pengacara tersebut meraih ribuan pujian yang rata-ratanya kagum kerana mereka sendiri mengambil inisiatif untuk menjadi penterjemah bahasa.