JIKA disebut nama Sharifah Husna, barangkali populariti yang dimilikinya tidak sehebat beberapa pendatang baharu lain. Tidak pernah langsung terpalit dengan gosip panas atau kontroversi yang makan diri. Itu gambaran perjalanan seni aktres berusia 30 tahun itu. Sedar belum berkesempatan untuk mendakap populariti seperti orang lain, dia bagaimanapun tetap menyatakan syukur dengan pencapaian yang diraih sehingga hari ini. Tidaklah mendapat trofi anugerah tetapi baginya, tawaran lakonan yang diterima tanpa henti juga cukup membuktikan bakat seninya diiktiraf pengarah dan penerbit tanah air.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya