fbpx

Lapan kilang musnah terbakar di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba dalam usaha memadamkan kebakaran deretan kilang di Jalan KPB 3 dan KPB 4, di sini, awal pagi tadi.

KAJANG – Sebanyak lapan daripada 10 kilang terlibat dalam insiden kebakaran musnah sepenuhnya di Jalan KPB 3 dan KPB 4 di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 2.15 pagi.

Katanya, seramai 48 anggota serta 15 sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein On, BBP Pandan, BBP Serdang, BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran asalnya melibatkan empat buah kilang sebelum merebak kepada 10 buah kilang.

“Api merebak berlaku dengan pantas disebabkan oleh pengubahsuaian dan penambahan awning kilang serta jarak antara kilang yang terlalu rapat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Ehsan, kilang-kilang tersebut mempunyai ‘fire load’ (beban api) yang tinggi kerana padat dengan bahan yang mudah terbakar.

Bagaimanapun, Ehsan memaklumkan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dan telah dapat kawal pada pukul 4.37 pagi.

“Antara kilang yang musnah terbakar adalah kilang audio kereta, kilang makanan kucing, kilang kabinet perabot, kilang simpanan barang majlis, kilang barang plastik papan tanda, kilang model rumah, kilang tembakau, kilang perabot tilam.

“Sementara itu, dua lagi kilang nyaris musnah sepenuhnya selepas hanya mengalami kemusnahan sekitar 20 hingga 10 peratus sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI