fbpx

Lembu sado satu tan milik Ayu Ting Ting ‘turun minyak’ sebelum disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor lembu seberat hampir satu tan milik Ayu Ting Ting (kiri) mengamuk ketika hendak dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha di rumahnya di Depok hari ini. - Grid.ID

JAKARTA, Indonesia – Seekor lembu seberat hampir satu tan yang dibeli penyanyi dangdut popular, Ayu Ting Ting mengamuk ketika ia hendak disembelih untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha, lapor portal berita TribunJatim hari ini.

Lembu sado berwarna gelap itu sempat mengamuk sebelum disembelih dan kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa wartawan. Kejadian berlaku di halaman kediaman penyanyi tersebut.  

Bagaimanapun, beberapa orang berjaya menenangkan lembu itu termasuk Ayu Ting Ting dan keluarganya.

Penyanyi itu mengusap-gusap lembu korbannya untuk menenangkan haiwan tersebut.

“Tenang, tenang,” kata Ayu Ting Ting dan untuk membuat haiwan itu tenang, penyanyi berusia 31 tahun itu bersama keluarga juga mengucapkan takbir.

Pada tahun ini, sebanyak tiga ekor lembu seberat hampir satu tan milik penyanyi tersebut dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI