fbpx

Remaja mohon kerja seperti sembang dengan kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita menasihatkan golongan muda terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya lebih beradab ketika memohon pekerjaan.

Berdasarkan tangkap layar hantaran pengguna di Facebook miliknya, pemohonan kerja perlu dijawab dengan tertib, bukannya seperti membalas mesej kawan-kawan.

“Saya sudah boleh membayangkan apa yang bakal berlaku bila bekerja nanti. Bila disuruh buat kerja tertentu akan mengelak.

“Jadi, baik kita ‘reject’ (tolak) awal-awal. Lain macam ya budak sekarang minta kerja,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tangkap layar perbualan remaja tersebut di aplikasi WhatApp.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pendapat wanita tersebut.

“Saya dulu nak ‘apply’ (mohon) kerja cuci pinggan pun lama susun ayat dengan penuh budi bahasa. Bila semuanya sudah elok baru hantar mesej tersebut,” kata Ummsara.

“Macam itulah awak, saya nak cari pekerja dah putus asa. Kadang-kadang, budak-budak (golongan muda) minta yang bukan-bukan. Kerja tiga jam upah RM20 dikatanya murah,” kata FaiHanis.

“Sekadar nasihat untuk adik-adik lepasan SPM atau sesiapa sekalipun yang ingin memohon pekerjaan.

“Pergi mana-manapun adab kena jaga. Ingat, apa kerja sekalipun kena beradab walaupun cuci pinggan,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI