fbpx

Chelsea tidak boleh lagi guna taktik licik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ dibeli pada harga yang cukup tinggi sebelum diberikan kontrak sehingga lapan tahun setengah bagi memanipulasi kelemahan FFP. – AFP

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) seakan ‘mene­lanjangkan’ helah Chelsea yang gemar berbelanja besar dengan menawarkan kontrak lebih daripada lima tahun kepada pemain.

Menerusi peraturan baharu ‘anti-Chelsea’ yang bakal dikuatkuasa esok, sesebuah kelab ha­nya dibolehkan menandatangani pemain dengan kontrak maksimum lima tahun sahaja, namun ia tidak akan menjejaskan transaksi lalu termasuk membabitkan penghijrahan Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk menerusi perjanjian lapan tahun setengah.

“Syarat pendaftaran pemain akan dihadkan kepada lima tahun bagi memastikan layanan sama rata kepada semua kelab dan meningkatkan kemampanan kewangan.

“Jika kes lanjutan kontrak, nilai hanya boleh diumumkan adalah mengikut tempoh yang dilanjutkan, namun ia tetap dihadkan lima tahun, bermula da­ripada tarikh lanjutan dibuat.

“Bagaimanapun, UEFA pasti bahawa perubahan ini tidak akan mengubah cara kelab beroperasi,” menurut kenyataan UEFA.

Dalam laporan awal tahun ini, beberapa kelab pencabar menuduh Chelsea cuba menipu Peraturan Kewangan Adil (FFP) terutamanya selepas The Blues merekodkan perbelanjaan £600 juta (RM3.5 bilion) hanya dalam dua jendela perpindahan.

Januari lalu, The Blues mengikat Benoit Badiashile dan David Datro Fofana dengan kontrak enam tahun setengah, malah sebelum itu Chelsea juga berjaya mendapatkan Wesley Fofana serta Marc Cucurella, masing-masing diikat selama tujuh dan enam tahun.

Terbaharu, Christopher Nkunku menjadi pemain baharu Chelsea dari RB Leipzig dengan nilai £53 juta (RM313 juta) de­ngan kontrak selama enam tahun.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI