fbpx

[VIDEO] Rombongan kenduri kahwin disambut asap biru, hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Lain daripada yang lain apabila rombongan kenduri kahwin disambut meriah dengan asap suar berwarna biru dan hijau sehingga mencuit hati pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik @qmslyan4, kelihatan suar itu menghasilkan asap tebal bagi menyambut tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.

“Pertama kali disambut rombongan kenduri macam ini. Terus masuk ke alam bunian,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Biasanya suar digunakan untuk memberikan isyarat kepada orang dari jarak jauh, terutama dalam situasi kecemasan.

Suar yang menghasilkan asap berkepul-kepul ini juga memudahkan ia dikesan dari jauh, selain warnanya untuk membezakan antara kabus atau asap semula jadi.

Sehingga kini video itu meraih 1.2 juta tontonan, 63,500 tanda suka dan 12,600 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai pengguna terhibur dengan situasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan dianggap unik.

“Lain daripada yang lain. Bagus juga idea macam ini, bolehlah buat dalam kenduri nanti,” komen Khairul.

“Rombongan kahwin ke rombongan perang ni,” komen seorang pengguna.

“Idea menarik tetapi asap ini bukan mudah lekat pada baju ke? Berkepul-kepul takut tak nampak jalan dan sesak nafas,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@qmslyan4Pestime disambut rombongan kenduri macamni😭🤣 masuk ke alam bunian terus😆♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI