fbpx

Lelaki ditemui maut dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki tempatan ditemui dalam keadaan terbaring di dalam sebuah bilik tidur rumah kedai di Taman Muda, Ampang. - Foto ihsan bomba

AMPANG – Seorang lelaki tempatan ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidur sebuah rumah kedai sekitar Taman Muda, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes berkenaan sekitar pukul 9.01 pagi.

Katanya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan telah dikejarkan ke lokasi dan tiba di sana kira-kira pukul 9.08 pagi.

“Pihak bomba bertindak membuka pintu terkunci melibatkan sebuah rumah kedai berkenaan menggunakan peralatan khas diiringi bantuan pihak Hospital Ampang.

“Kita menjumpai seorang lelaki tempatan yang berusia lingkungan 40-an terbaring di atas lantai sebelah katil dalam bilik tidur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, lelaki terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Ampang.

“Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI