PETALING JAYA – Seorang wanita menempuh kesesakan selama 19 jam sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Menurut perkongsian scha2188 di TikToknya, dia bertolak dari ibu kota ke Gua Musang, Kelantan untuk meraikan hari raya bersama keluarga, semalam.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendakwa kesesakan yang dialami bukan sahaja membazir masa, malah boleh mendatangkan ketidakselesaan terutama mereka yang mempunyai anak kecil
“Aku sanggup tidak balik raya sebab tak mahu menghadap ‘jem’ selama 16 jam. Anak kecil lagi, semua menangis sebab mabuk dalam kereta. Penat sangat,” kata seorang pengguna.
“Samalah kita. Semalam saya bertolak dari Genting Sempah pada pukul 10 malam. Pukul 9 pagi tadi baru sampai di kampung. ‘Jem’ tidak bergerak ya. Ingatkan ‘accident’ (kemalangan) rupa-rupanya kereta yang banyak,” kata Lara.
Walau bagaimanapun, ramai pengguna yang mengakui kesesakan lalu lintas yang terpaksa ditempuhi itu merupakan sebahagian ‘suasana’ raya yang wajib ditempuh orang Pantai Timur.
“‘Jem’ itu wajib setiap tahun, nak ke suasana katakan,” kata Azwanda.
“Raya haji kan meriah,” kata Naz.
“Tunggulah ‘jem’ masa nak balik ke Kuala Lumpur semula,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@scha2188 1hari belum jumpa nasi klau tak kerana mama aku xbalik Kampung!!!19jam nak sampai Gua Musang kematu bontot aku ni,,,,#jalanjem#balikkampung#balikraya#fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – 𝗛𝗔𝗡𝗚𝟮𝟬𝟬_𝟳