fbpx

Trafik lancar pada pagi Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik lancar di Lebuh Raya Utara-Selatan setakat pukul 8 pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa buah lebuh raya utama dilaporkan lancar pada pagi Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Berdasarkan laporan daripada laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

“Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik mulai perlahan dari Tapah ke Gopeng. Selain itu, trafik dilaporkan lancar di kedua-dua arah,” katanya.

Terdahulu, LLM menjangkakan purata peningkatan trafik harian di seluruh lebuh raya sempena Aidiladha boleh mencecah sehingga 5.1 juta kenderaan.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pertambahan jumlah kenderaan dijangka berlaku secara berperingkat bermula 28 Jun higgga 3 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI