fbpx

Trafik sesak di Karak akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik perlahan di KM35.3 arah timur Gombak-Genting Sempah akibat kemalangan di lorong kanan.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak dan perlahan ekoran kemalangan selain faktor pertambahan kenderaan sejak pagi tadi sempena perayaan Aidiladha, esok.

Menerut Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Twitter, insiden tersebut mengakibatkan sesak sepanjang 15.5 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak sehingga lokasi kejadian.

“Terdapat kemalangan di KM35.3 arah timur (Gombak-Genting Sempah) yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

“Pengguna lebuh raya dinasihati berwaspada dan patuhi arahan petugas di lokasi,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, jelasnya, aliran trafik masih bergerak perlahan sepanjang 1.3 km dari Bukit Tinggi ke Lentang.

Bagi laluan LPT 2, trafik dilaporkan semakin tinggi terutama di Plaza Tol Kuala Terengganu manakala di LPT 1, keadaan masih lancar di kedua-dua hala.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan dari arah selatan melibatkan laluan Kajang ke persimpangan Nilai (U), Serembang-Senawang, Pedas Linggi-Simpang Ampang dan Sedenak ke Kulai.

“Untuk arah utara pula, trafik perlahan membabitkan Sungai Buloh ke Rawang, Slim River-Sungkai, Bidor-Gopeng, Ipoh-Terowong Menora, Juru Auto City ke Tol Sg. Dua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI