fbpx

Belanda terus jadi tumpuan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR berjaya menarik minat United apabila dia dikatakan memiliki gaya permainan yang hampir sama dengan De Jong. - AFP

MANCHESTER – Pemain muda Manchester United, Iqbal Zidane melengkapkan perpindahannya ke FC Utrecht yang bersaing dalam Liga Eredivisie di Belanda dengan klausa pembelian semula.

Bagaimanapun, United belum bersedia untuk meninggalkan Belanda apabila dilaporkan sedang memantau beberapa bakat muda dan bersedia untuk dibawa pulang ke Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu dikatakan mahu terus mengadakan urusarechtn bersama Utrecht apabila tertarik dengan aksi dipamerkan oleh salah seorang pemain dari kelab itu yang berusia 22 tahun.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Taylor Booth berjaya memikat perhatian pasukan peninjau bakat United apabila dianggap memiliki kreativiti dan kemampuan sebagai pemain tengah.

Taylor merupakan pemain yang dilahirkan menerusi Akademi Bayern Munich dan berjaya menarik minat Ten Hag ketika beliau mengemudi Ajax lagi, malah gaya permainannya dikatakan hampir sama dengan bintang Barcelona, Frenkie De Jong.

Jendela perpindahan kali ini menyaksikan United terpaksa aktif dalam pasaran untuk mendapatkan beberapa pemain di beberapa posisi penting termasuk pada bahagian tengah yang menjadi keutamaan.

Mereka dikaitkan dengan Mason Mount, namun urusan tersebut dilihat agak sukar ekoran permintaan Chelsea menyebabkan beberapa nama lain turut terkait termasuk pemain tengah Celta Vigo, Gabri Veiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI