fbpx

Perkongsian Fazley sempena ulang tahun pernikahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazley dan isterinya, Azreen Ahmad.

PETALING JAYA – Bersempena ulang tahun perkahwinan yang memasuki usia 14 tahun, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi status mengenai mahligai yang dibina bersama isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Dalam  sebuah video yang dimuat naik di Instagram, selebriti berusia 42 tahun itu mengakui bukan mudah untuk dia mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta.

“Syukur ke hadrat Ilahi, pada 7 November, 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. 

“Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan air mata yang mengalir, namun Allah SWT tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahankan masjid yang satu ini.

“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh dan anak-anak kita yang empat orang itu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” ujar Fazley.

Menerusi status yang dikongsikan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini turut mendedahkan bahawa ketika mereka bernikah isterinya berada dalam keadaan sehelai sepinggang.

Menurut Fazley, pengorbanan isteri yang dipanggil ‘adik sayang’ itu terhadap dirinya juga sangat besar sehingga mereka berdua masih tetap setia bersama.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata sepanjang 14 tahun berumah tangga.

Bahkan, juara program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu turut mengakui kejayaannya hari ini adalah disebabkan sokongan isteri yang sentiasa berada di belakangnya.

“Terima kasih atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini. I am who I am today because of you (saya mampu mencapai kejayaan hari ini kerana awak).

“Abang sendiri tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.

“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Salam ulang tahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” luahnya.

Hantaran tersebut menjadi lebih romantis apabila Fazely memuat naik foto-foto awal perkenalan, perkahwinan sehingga kehidupan mereka hari ini, berlatarkan lagu November yang dicipta sepenuh oleh selebriti itu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan Alayna Selma, 2 tahun. -K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI