fbpx

Jemaah haji Malaysia selesai melontar jamrah Qubra, tahalul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (berdiri, tengah) menyantuni jemaah yang berwukuf di Arafah, kelmarin

MEKAH – Semua jemaah Malaysia telah selamat melontar di jamrah Qubra dan bertahalul selepas meninggalkan Arafah, malam kelmarin bagi melayakkan mereka bergelar haji dan hajjah, selepas ini.

Kumpulan pertama bergerak meninggalkan Arafah pada pukul 6.30 petang waktu tempatan dan operasi selesai kira-kira empat jam kemudian.

Mereka kini bermalam di Mina untuk menyelesaikan baki melontar di ketiga-tiga jamarat sehingga 13 Zulhijjah sebelum pulang ke kota Mekah untuk tawaf dan sai.

Pada masa sama, mereka turut meraikan Aidiladha dan melakukan korban sehingga tamat hari tasyrik.

Takbir dilaungkan di kesemua masjid dan surau termasuk di Masjidilharam bagi menandakan hari kemenangan jemaah melakukan haji dan ibadah korban bagi mengimbau peristiwa yang berlaku di antara Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Khutbah solat sunat Aidiladha di Majidilharam disampaikan oleh khatib Sheikh Dr. Yaser Ad-Dawsary hafizahullah.

Secara keseluruhan, operasi masyair berjalan lancar dengan jemaah terjaga dari segi kebajikan dan kesihatan mereka. manakala petugas haji juga komited dengan tanggungjawab lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan Safari Wukuf.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ketika di Arafah, sebanyak 46 jemaah terlibat dalam Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (Peneman) yang disantuni oleh 50 petugas.

Mohd. Na’im (berdiri, tengah) menyantuni jemaah yang berwukuf di Arafah, kelmarin.

“Sebanyak 54 pesakit dibawa untuk berwukuf dengan menaiki bas dan ambulans sambil dipantau 91 pegawai perubatan dan 101 petugas.

“Apa yang dilihat semalam ialah segerombolan manusia yang berpakaian putih menunjukkan kita ini sama sahaja tetapi yang membezakan kita ialah taqwa kepada Allah,” katanya, ketika ditemui di sini.

Selepas tamat hari tasyrik pada Sabtu ini, jemaah akan mula berangkat pulang ke tanah air dan kumpulan pertama dijadualkan terbang ke Malaysia ialah pada awal Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI