fbpx

Trend tidak basuh pakaian popular di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stanley Dru memberikan petua tentang cara untuk tidak mencuci seluar jean dengan menyimpannya di dalam peti sejuk. - Foto TikTok/stanlydru

WASHINGTON – Trend tidak membasuh pakaian atau tidak mencuci dengan kerap menular di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa minggu kebelakangan ini, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut trend tersebut, sebahagian orang ramai memakai semula pakaian dan seluar dalam kotor selama beberapa hari dalam usaha untuk mengurangkan kos mencuci pakaian.

Trend itu didorong oleh kebimbangan mengenai penggunaan air dan tenaga dengan ramai yang percaya bahawa mencuci cara konvensional menggunakan bahan pencuci adalah tidak perlu untuk mengekalkan pakaian yang bersih dan bebas bau.

Ia juga memberi tumpuan untuk mengehadkan bilangan basuhan atau tidak membasuh pakaian sepenuhnya dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran air dan tenaga.

Dalam klip video yang dimuat naik ke TikTok, seorang pencipta kandungan, Stanley Dru memberikan 95,000 pengikutnya petua untuk tidak mencuci seluar jean dengan ramai menyatakan bahawa ia boleh digunakan pada pakaian lain yang berbau.

Dia menunjukkan proses itu dan menjelaskan: “Lipat (jean) dan masukkannya ke dalam beg. Letakkannya di dalam peti sejuk semalaman. Suhu sejuk akan membunuh bakteria dan menyebabkan seluar jean anda berada dalam keadaan yang segar.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI