fbpx

Pemberian dana i-Siswa dan i-Belia sewaktu kempen PRU15 miliki unsur sogokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (dua dari kanan) keluar dari kamar mahkamah selepas menerima keputusan petisyen PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Pembatalan kemenangan Pas di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan bantahan terhadap pemberian bantuan rakyat oleh kerajaan negeri sewaktu kempen mempunyai asas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu semalam bersetuju pemberian dana i-Siswa dan i-Belia tersebut memiliki unsur sogokan.

“Hakim mendapati pemberi (Pas) memberi (dana) kepada pengundi dengan niat meraih undi. Meskipun ia program rasmi kerajaan negeri (Terengganu) yang diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pemberian itu (dianggap) rasuah jika dibuat dalam tempoh berkempen (PRU15) selari dengan peruntukan undang-undang pilihan raya,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15.

Dalam perkembangan sama, Ahmad memberitahu, barisan peguam BN diketuai Datuk Mohd. Hafarizam Harun akan membuat rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Marang tersebut di Mahkamah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI