fbpx

PRN: MB, Exco Kedah serah kenderaan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (lima dari kanan) bersama barisan Exco semasa menyerahkan kenderaan Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Seperti dijanjikan, Exco Kerajaan Negeri Kedah termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyerahkan kenderaan rasmi masing-masing susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, penyerahan kenderaan rasmi itu merupakan satu usaha bagi mengajak semua pihak untuk menjalankan proses demokrasi dengan betul.

Selepas ini katanya, semua yang terlibat termasuk dirinya akan menggunakan kenderaan peribadi meskipun mereka masih perlu menghadiri Mesyuarat Exco serta menjalankan tugas-tugas sedia ada sehingga berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Selepas DUN dibubarkan, kebanyakan yang berlangsung selepas ini adalah kempen bagi berdepan PRN. Disebabkan itu, kita elak daripada dituduh menggunakan kenderaan kerajaan untuk kempen parti politik.

“Untuk itu kami akan hanya menggunakan kenderaan peribadi selepas ini walaupun masih perlu menjalankan tanggungjawab seperti menghadiri mesyuarat atau program ditetapkan. Itu lebih baik dan selamat kerana sekarang ini banyak orang suka bercakap benda tak betul serta luar konteks,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai barisan Exco menyerahkan kunci serta buku log kenderaan tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi pada masa sama turut mengajak rakan-rakan daripada parti lain untuk tidak menggunakan aset kerajaan untuk berkempen sepanjang PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI