fbpx

Suami mahu kahwin lain, beri alasan jumpa cinta sejati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian berat apabila suami yang dikahwininya selama berbelas tahun atas pilihan orang tua mahu berkahwin lain dengan alasan sudah menemui cinta sebenar.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga tidak kisah berpisah isterinya jika wanita tersebut tidak menerima poligami biarpun mereka dikurniakan tujuh cahaya mata.

Kisah itu dikongsikan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali di Facebook berhubung luahan daripada wanita tersebut.

“Kata suami, dulu dia kahwin dengan saya kerana mengikut kata orang tua. Sekarang dia sudah jumpa cinta yang sebenar. Kalau saya tak nak terima (bermadu), dia tak kisah pun jika berpisah.

“Saya tanya, apa salah saya tapi kata suami, saya tak ada salah apapun cuma dia dah jumpa cinta yang selama ini dia cari,” katanya menceritakan luahan wanita tersebut.

Beliau berkata, pasangan itu berkahwin atas pilihan ibu bapa sejak 18 tahun lalu.

Wanita itu mencintai suami sepenuh hati, mendambakan diri sebaiknya sebagai isteri dan ibu kepada tujuh cahaya mata.

“Soalan ditanyakan kepada saya, apakah kerana wanita tidak boleh berpoligami maka isteri masih boleh kekal mencintai suami walau berkahwin atas pilihan orang tua.

“Dalam masa sama si suami bukanlah lelaki yang melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya. Tak bolehkah lelaki juga menerima jodoh itu adalah cinta yang sebenarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI