fbpx

Lebuh Raya Karak sesak, perlahan sampai Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini aliran trafik di sekitar Genting Sempah menghala ke Pantai Timur.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak sehingga Plaza Tol Bentong ketika ini.

Menerusi perkongsian Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Facebooknya, trafik dilaporkan sesak sepanjang 7.3 kilometer (km) dari KM20.3 hingga KM27.6 di kawasan Gombak.

Turut dilaporkan sesak dari KM29.2 hingga KM37.1 iaitu sekitar Gombak menghala ke Genting Sempah sepanjang 7.9 km.

“Trafik turut sesak dan perlahan bermula dari KM42.6 sehingga KM44. 5, KM47 sehingga KM50.5 dan KM 56.5 sehingga KM58.9 dari Bukit Tinggi menghala ke Lentang.

“Keadaan ini berlaku kerana pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur,”ujarnya.

Bagaimanapun kata LPT, trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) masih lagi lancar di kedua-dua arah.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), beberapa laluan menghala ke utara juga sesak dan perlahan ketika ini.

Antara kawasan sesak termasuk dari Juru Auto City ke Kawasan Perusahaan Perai, Bukit Tambun ke Plaza Tol Juru dan Padang Rengas ke hentian rawat dan rehat (R&R) Bukit Gantang.

Turut dilaporkan sesak dari Terowong Menora ke R&R Sungai Perak, Ipoh ke Jelapang, Gopeng ke Simpang Pulai dan Tapah ke Gopeng. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI