fbpx

Tiga lelaki ditangkap miliki senjata buatan sendiri, peluru hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam tiga serbuan di Johol dekat Negeri Sembilan, kelmarin. - Foto IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Polis menangkap tiga lelaki susulan dipercayai memiliki senjata buatan sendiri, peluru hidup, bom dan pelbagai peralatan membuat senjata dalam tiga serbuan di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kira-kira pukul 6.30 pagi sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) telah melakukan serbuan berkaitan dengan maklumat dadah di sebuah rumah di Kampung Gemencheh Ulu, Air Mawang, Johol.

Menurutnya, dalam tangkapan itu polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an dan susulan itu, kira-kira pukul 7.30 petang sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD telah membuat serbuan di dua lokasi berbeza di Johol.

“Hasil serbuan ini dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an ditangkap. Pemeriksaan ke atas kesemua tangkapan tersebut telah menjumpai pelbagai senjata api turutan, peralatan membuat senapang angin serta peluru hidup yang disimpan dengan menyalahi undang-undang.

“Kesemua rampasan dan tangkapan di bawa balik ke IPD Kuala Pilah untuk tindakan selanjutnya dan telah direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI