fbpx

Cuaca cerah hampir keseluruhan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir semua kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak diramalkan cerah pagi ini.

Menerusi perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hanya beberapa kawasan di negeri Perak akan mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang.

“Kawasan terlibat adalah Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung dan dijangka berterusan sehingga pukul 11 pagi,” ujarnya.

Jelas MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI