fbpx

Skuad Olimpik Khas Malaysia mengagumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (enam dari kanan) meraikan kepulangan kontinjen negara daripada Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 di KLIA lewat malam semalam.

SEPANG – Biarpun kurang diberikan perhatian tetapi kontinjen negara masih berupaya memahat sejarah tersendiri dengan meraih pencapaian gemilang pada temasya Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 di Berlin, Jerman.

Menariknya, Malaysia diwakili 22 atlet dengan 16 daripadanya Kurang Upaya Intelek (ID) berjaya membutirkan empat pingat emas, empat perak dan sembilan gangsa pada temasya yang melabuhkan tirainya pada Ahad lalu.

Difahamkan, ia adalah pencapaian terbaik Malaysia sepanjang penglibatan di pentas Sukan Olimpik Khas Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali sejak mula diperkenalkan di Chicago, Amerika Syarikat pada 1968.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berbangga dengan pencapaian hebat itu dan turut sama meraikan kepulangan wira dan wirawati negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam semalam.

“Malaysia semestinya bangga dengan pencapaian kontinjen kita. Saya berharap kerja keras yang mereka lakukan akan membuahkan hasil.

“Tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang banyak memberikan sokongan serta tak lupa juga kepada kumpulan pengiring dan doktor-doktor mereka.

“MSN (Majlis Sukan Negara) akan terus memberikan sokongan yang terbaik untuk pastikan mereka mempunyai platform berterusan agar dapat mencungkil bakat dan membantu mengharumkan nama Malaysia,” kata Hannah.

Timbalan Presiden Olimpik Khas Malaysia, Dr. G. Sivanesan yang juga ketua delegasi negara ke temasya berkenaan tetap gembira dengan pencapaian barisan atlet walaupun sebenarnya mereka hampir-hampir berjaya membawa pulang keseluruhan enam pingat emas.

Berikut adalah senarai pemenang pingat kontinjen negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia 2023:

Emas
Nurasliza Mohd. Sapri (olahraga, lontar peluru)
Beverly Chin Lai Yen (boling, perseorangan wanita)
Khairul Zaiman Kamarulzaman-Lee Khai Li (boling, beregu campuran)
Nurul Syafinaz Aisyira Mohd. Zamri-Tengku Nor Muzafirah (bocce unified sports, doubles)

Perak
Mohd. Safri Ramis (badminton, perseorangan lelaki)
Nur Syakila Mohd. Nasir (badminton, perseorangan wanita)
Mohd. Safri Ramis-Nur Syakila Mohd. Nasir (badminton, beregu campuran)
Wafi Anas Mohd. Khairul Anuar-Raevankumar (bocce unified sports, doubles)

Gangsa
Chin Lai Yen-Lee Sher Li (boling unified sports, doubles wanita)
Muhd. Zul Adly Majeni-Myron Khoo Hock Ming (boling unified sports, doubles lelaki)
Nurul Syafinaz Aisyira Mohd. Zamri (bocce, perseorangan wanita)
Nur Syakila Mohd. Nasir-Nur Aiyda Zharifah Zalid (badminton unified sports, beregu wanita)
Mohd. Safri Ramis-Ricco Arylizon (badminton unified sports, beregu lelaki)
Agnes Tiong Hui Sing (ping pong, perseorangan wanita)
Muhd. Zul Adly Majeni (boling, perseorangan lelaki)
Agnes Tiong Hui Sing-Edwin Pang (ping pong, beregu campuran)
Wafi Anas Mohd. Khairul Anuar (bocce, perseorangan lelaki)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI