fbpx

Piala Malaysia mungkin dianjur secara karnival di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN Piala Malaysia sedikit terencat selepas kerajaan mengumumkan PKPB.

PENGANJURAN kejohanan bola sepak berprestij, Piala Malaysia menjadi tanda tanya apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang berkuat kuasa hingga 6 Disember depan.

Keputusan yang diumumkan kerajaan pada hari ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Piala Malaysia akan diteruskan oleh penganjur, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau sebaliknya.

Difahamkan, MFL hanya akan mengeluarkan keputusan selewat-lewatnya pada Selasa depan selepas melakukan mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah.

Jika ia diteruskan, kemungkinan besar aksi suku akhir dan peringkat seterusnya akan dianjurkan secara karnival di Pahang memandangkan negeri itu mempunyai dua venue yang boleh digunakan secara serentak.

Venue tersebut adalah Stadium Darul Makmur, Kuantan dan Stadium Tun Abdul Razak di Jengka.

Malah, MFL juga mempunyai venue alternatif lain di Perlis dan Kelantan sekali gus menyaksikan saingan Piala Malaysia masih boleh lagi diteruskan.

Sukar buat MFL mengambil keputusan untuk membatalkan terus saingan Piala Malaysia kerana komitmen dengan pihak penaja selain slot juara kejohanan itu turut memberi peluang buat pasukan yang bertanding layak ke pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI