fbpx

Muhammad Rizqi ada masalah jantung, perlu dana bedah RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Rizqi dilahirkan tidak cukup bulan dan mempunyai masalah kekurangan oksigen.

SEBERANG PERAI – Seperti pasangan lain, Mohammad Hafiz Mohammad Abdul Ghani, 40, dan isteri, Nurul Hayati Hasan Azhari, 32, teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dua bulan lalu di Kedah.

Bagaimanapun, pasangan itu diduga apabila bayi lelaki, Mohammad Rizqi Ramadhan atau Rizqi bukan sahaja dilahirkan tidak cukup bulan, malah dikesan mempunyai sindrom ‘bayi biru’ atau masalah kekurangan oksigen sebelum terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau, pemeriksaan lanjut mendapati, Rizqi mengalami masalah kecacatan jantung dikenali Septum Atrium (ASD) dan Aortopulmonary Window (APW)

Keadaan itu katanya, menyebabkan bayi yang dilahirkan ketika usia kandungan ibunya mencecah 33 bulan itu kini hanya seberat
2.32 kilogram (kg) dan masih menggunakan mesin bantuan pernafasan untuk bernafas.

“Kini, badannya penuh de­ngan wayar dan tiub serta ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU). Rizqi juga diberi minum susu melalui tiub.

“Sehingga sekarang, ibu bapa­nya belum ada peluang untuk mendukung dan mencium Rizqi sejak dia lahir,” katanya.

Tambah Sui Hau, Rizqi memerlukan dana sebanyak RM80,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung segera.

Jelasnya, pembedahan segera amat penting bagi mengelakkan kemerosotan organ lain dan jangkitan kuman pada paru-parunya.

Terdahulu katanya, Mohamad Hafiz yang bekerja sebagai ope­rator kilang dengan gaji pokok sebanyak RM1,500 sebulan me­ngakui buntu untuk mengumpul kos pembedahan yang tinggi.

Nurul Hayati merupakan seorang suri rumah.

Justeru, Sui Hau berkata, mereka telah memohon bantuan kepada One Hope Charity & Welfare untuk membantu mengumpul dana.

“Orang ramai yang ingin menghulurkan derma bagi membantu Rizqi boleh menghubungi kami menerusi talian 016-419 2192, 04-539 9212, 018-911 4192 atau melayari laman sesawang https://www.onehopecharity.org untuk maklumat lanjut,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI