fbpx

Wei Chong-Kai Wun masih belum stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG-Kai Wun muncul juara Terbuka Taiwan, namun perlu meletakkan sasaran untuk menguasai kejohanan lebih besar.

MASIH banyak yang perlu dibuktikan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun walaupun berjaya mengekalkan kejua­raan pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan Ahad lalu.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyifatkan prestasi gandingan yang menghuni ranking ke-23 dunia itu masih belum stabil dan perlu diperbaiki.

Bagaimanapun, beliau tetap gembira dengan aksi ditampilkan Wei Chong-Kai Wun, terutama­nya ketika melakar kebangkitan di Taiwan selepas bermain hambar dalam dua kejohanan terdahulu.

“Saya tidak setuju jika dikatakan Wei Chong dan Kai Wun sudah mencapai permainan yang stabil. Jika kita lihat di Malaysia Masters mereka jadi naib juara sebelum prestasi menurun di Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

“Pada Malaysia Masters, mereka bermain tanpa banyak berfikir dan main seperti biasa, tetapi bila di Singapura dan Indonesia, orang mula meletakkan harapan hingga mengundang tekanan,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Dalam pada itu, beliau juga menganggap Wei Chong-Kai Wun memiliki kelebihan tersendiri memandangkan aksi yang mereka tampilkan di Malaysia Masters dan Terbuka Taiwan bukan dise­babkan nasib semata-mata.

“Saya fikir kejayaan mereka bukanlah kebetulan. Kalau faktor nasib, mungkin mereka sudah dibelasah di pusingan kedua selepas menang pusingan pertama, cuma mungkin ada kurang tanggungjawab.

“Justeru, saya minta mereka untuk mempertahankan gelaran Terbuka Taiwan dan mereka berjaya melaksanakan tugas tersebut. Selepas ini, mereka perlu sasar kejohanan lebih besar se­perti Super 500, 750 dan 1,000,” ujar Rexy.

Sementara itu, Rexy turut menjelaskan, Wei Chong-Kai Wun tidak meraikan kejayaan mereka di Terbuka Taiwan secara berlebih-lebihan kerana tidak mahu terbeban dengan keyakinan terlampau tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI