fbpx

Mahkamah: Pertuduhan Wan Saiful tidak berasas, tanpa butiran lengkap – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, dua pertuduhan rasuah terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak berasas kerana tidak menyatakan secara spesifik tarikh kesalahan yang didakwa dilakukannya.

Peguam Amer Hamzah Arshad berhujah, pertuduhan hanya menyebut sekitar bulan tertentu tanpa menyertakan butiran yang lengkap bagi mengaitkan anak guamnya dengan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, pertuduhan terhadap bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak berasas menyebabkan tertuduh dinafikan hak untuk menyediakan pembelaan dan alibi.

“Pada peringkat ini, kami tidak memohon tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan, namun mahkamah mempunyai budi bicara untuk meneliti pertuduhan sama ada mematuhi peruntukan di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC),” hujah beliau.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi berhujah, permohonan Wan Saiful pada peringkat ini untuk mengetepikan dua pertuduhan itu adalah pramatang.

Beliau berhujah, pertuduhan terhadap Wan Saiful berlandaskan peruntukan undang-undang yang baik, teratur serta lengkap dan pihak pembelaan sudah dibekalkan dengan dokumen yang diperlukan dan ia mencukupi untuk menyediakan pembelaan.

Hakim Rozina Ayob kemudian menetapkan 21 Julai ini bagi keputusan permohonan tersebut.

Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang dihadapinya atas alasan pertuduhan itu tidak mematuhi Seksyen 154 CPC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI