fbpx

Ustaz Zainul Asri tidak direman – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa mengenai pengurusan pekerja asing di Hotel Marriot Putrajaya, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tidak akan direman berhubung ucapan berkait isu ‘musuh Allah’, Sabtu lalu.

Saifuddin berkata, Muhd Zainul sudah memberi keterangan kepada pihak polis semalam dan sudah mengakui kesilapan mengungkap kalimah berkenaan.

“Beliau (Muhd Zainul) tidak akan direman, namun polis maklum akan teruskan siasatan sebab kertas siasatan sudah dibuka kerana ada aduan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhd Zainul hari ini membuat permohonan maaf berhubung ucapannya berkaitan isu ‘musuh Allah’ ketika program Himpunan Kedah Berselawat, Sabtu lalu.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit yang disiarkan di Facebooknya semalam, penceramah bebas itu berkata ucapannya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan disalah tafsir.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap pemimpin PAS Kedah itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI